Akhirnya, menjadi juga origami ros saya. Terdapat banyak versi lipatan ros. Yang paling popular ialah ros kawasaki. Semalam saya cuba 2 cara lipatan ros kawasaki dari 2 laman web berlainan. Tetapi tidak berjaya. Antara sebab utama kegagalan ialah tuturan instruksi lipatan yang tidak jelas serta mengelirukan, dan saya sendiri yang tidak mahir dengan pelbagai teknik lipata :p
Hari ini saya cuba cara ke-3 dari sebuah laman web Jepun (http://www.fukuyama-th.hiroshima-c.ed.jp/link/oribara/index.html). Tetapi ros ini dipanggil ros fukuyama. Untuk mula mengikuti cara lipatan, klik pautan di bahagian atas "第1段階へ". Terdapat lebih 40 langkah untuk diikuti. Hasilnya, tada!
origami malaysia
Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Pos pertama
Ini merupakan pos percubaan. Saya minat origami.
Apa itu origami?
Origami berasal dari perkataan Jepun 折り紙 yang bermaksud lipat kertas (ori 折 = lipat, gami 紙 = kertas).
Origami biasanya menggunakan kertas empat segi sama untuk menghasilkan pelbagai model. Model paling popular ialah burung seakan bangau (crane). Dari sekeping kertas juga, model semudah kapal terbang kertas hingga sekompleks phoenix dapat dihasilkan. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan imaginasi anda!
Origami mungkin berasal dari China dan dibawa masuk ke Jepun beratus-ratus tahun dahulu. Kemudian zaman penjajahan dan globalisasi membawa aliran origami ke seluruh dunia. Jika dulu origami hanyalah mainan kanak-kanak, kini ia menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada sains dan teknologi. Sebagai contoh, satelit angkasa direka supaya dapat dilipat dalam ruang yang sangat sempit sebelum dihantar ke angkasa. Perancangan lipatan memerlukan jurutera merekabentuk lipatan struktur yang paling ergonomik atau yang paling effektif untuk dimasukkan dalam kapsul angkasa. Apabila sampai di angkasa raya, lipatan satelit akan terbuka selepas menerima arahan dari bumi. Menarik bukan?
Terdapat persatuan-persatuan origami yang besar seperti British Origami Association dan Nippon Origami Association. Persatuan-persatuan ini menganjurkan konvensyen tahunan di mana pereka-pereka origami mempamerkan hasil rekaan mereka dan bertukar-tukar fikiran.
Anda berminat dengan origami? Mari bersama-sama saya menikmati keseronokan bermain dan mereka origami. Saya pun masih belajar, kita sama-sama belajar! ^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)