Ini merupakan pos percubaan. Saya minat origami.
Apa itu origami?
Origami berasal dari perkataan Jepun 折り紙 yang bermaksud lipat kertas (ori 折 = lipat, gami 紙 = kertas).
Origami biasanya menggunakan kertas empat segi sama untuk menghasilkan pelbagai model. Model paling popular ialah burung seakan bangau (crane). Dari sekeping kertas juga, model semudah kapal terbang kertas hingga sekompleks phoenix dapat dihasilkan. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan imaginasi anda!
Origami mungkin berasal dari China dan dibawa masuk ke Jepun beratus-ratus tahun dahulu. Kemudian zaman penjajahan dan globalisasi membawa aliran origami ke seluruh dunia. Jika dulu origami hanyalah mainan kanak-kanak, kini ia menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada sains dan teknologi. Sebagai contoh, satelit angkasa direka supaya dapat dilipat dalam ruang yang sangat sempit sebelum dihantar ke angkasa. Perancangan lipatan memerlukan jurutera merekabentuk lipatan struktur yang paling ergonomik atau yang paling effektif untuk dimasukkan dalam kapsul angkasa. Apabila sampai di angkasa raya, lipatan satelit akan terbuka selepas menerima arahan dari bumi. Menarik bukan?
Terdapat persatuan-persatuan origami yang besar seperti British Origami Association dan Nippon Origami Association. Persatuan-persatuan ini menganjurkan konvensyen tahunan di mana pereka-pereka origami mempamerkan hasil rekaan mereka dan bertukar-tukar fikiran.
Anda berminat dengan origami? Mari bersama-sama saya menikmati keseronokan bermain dan mereka origami. Saya pun masih belajar, kita sama-sama belajar! ^_^
No comments:
Post a Comment